Uqti FarHanis

Gedung Informasi Sumber Inspirasi

Laman Utama

Kebolehan Nabi Isa Mengetahui Perkara Ghaib

Posted on April 22, 2010 at 10:13 PM

Sejak kecil, Nabi isa menunjukkan sifat-sifat mulia berkat asuhan dan didikan ibu baginda,Maryam. Baginda merupakan seorang kanak-kanak yang bijak yang mana ia melebihi kawan-kawan sebaya, malah melebihi orang dewasa.


   Baginda membesar dan menjadi kanak-kanak yang sihat. Baginda juga merupakan kanak-kanak yang periang dan peramah sehingga mendapat ramai kawan.


...kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih kecil dalam buaian dan sesudah dewasa, dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil...

(al-Maidah: 110)


   Nabi Isa tidak pernah menyakiti hati kawan-kawannya. Pada suatu hari, Nabi Isa bermain teka-meneka dengan kawan-kawannya.


   Baginda meneka dengan tepat apa saja yang ditanya oleh kawan baginda.


   Baginda bertanya kepada salah seorang kawan: "Tahukah engkau makanan apa yang ibumu sembunyikan?"


   "Tidak. Apa yang disembunyikan oleh ibuku?" tanya kawannya itu tidak sabar-sabar lagi.


   "Pagi tadi, ibumu ke pasar. Dia membeli buah epal, tetapi dia tidak mahu kamu mengambilnya. Lalu disembunyikannya," cerita Nabi Isa.


  Tanpa berlengah lagi, kawan baginda itu terus berlari pulang. Dia segera menemui ibunya yang sedang memasak.


   "Ibu, saya mahukan makanan yang ibu sembunyikan daripada saya," kata budak itu.


   Ibunya kehairanan. Dia terus bertanya, "Makanan yang ibu sembunyikan?"


   "Epal. Ibu sembunyikan buah epal daripada saya," jawab budak itu.


   Ibunya pelik bagaimana anaknya mengetahui semua itu. Sewaktu dia menyembunyikan makanan itu, tiada sesiapa melihatnya atau ada orang yang terlihat.


   "Siapakah yang memberitahu kamu?" soal ibu budak itu.


   "Isa putera Maryam," jawab anaknya.

 Setiap hari ada saja kawan-kawan Nabi Isa bertanya kepada baginda tentang makanan yang disembunyikan oleh ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka hairan dan kagum dengan kemampuan Nabi Isa mengetahui perkara-perkara ghaib itu.


   Nabi Isa kelihatan bersungguh-sungguh apabila mempelajari sesuatu. Segala yang dipelajari dapat dikuasai baginda dengan baik. Semua guru kagum dengan kepintaran Nabi Isa.


   Ketika berumur 12 tahun, Maryam membawanya ke Baitul Maqdis. Baginda tidak suka tinggal di Baitul Maqdis. Orang-orang di sana suka berfoya-foya dan membuang masa. Mereka langsung tidak membuat kerja-kerja yang berfaedah.


   Baginda pula suka belajar. Waktu baginda dipenuhi dengan belajar. Baginda mencari guru untuk belajar agama. Baginda juga gemar menghadiri majlis agama dan suka bertanya sekiranya tidak tahu.


   Kerap pula baginda berdebat kalau baginda merasakan sesuatu perkara itu tidak benar. Cara ini tidak digemari oleh ulama dan pendeta kerana sikap membantah Nabi Isa itu.


   Namun begitu ramai yang mahu berkawan kerana baginda tidak pernah membeza-bezakan kawan-kawannya.


*Petikan daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.


Pengajaran

*Kita hendaklah bergaul baik dengan sahabat-sahabat kita.


*Jika sekiranya kita mahu mempunyai kawan yang ramai ata disukai mereka, kita hendaklah menunjukkan contoh akhlak yang mulia.


Informasi

   Penduduk Baitul Maqdis mengenali Nabi Isa sebagai pemuda yang cerdik, pinta, berani, tegas dalam membela kebenaran dan tidak pernah tunduk dalam menghadapi kebatilan.


Perbendaharaan Kata

Berfoya-foya: bersuka-suka

Berdebat: bertukar fikiran

Ulama: orang yang pakar dalam pengetahuan agama Islam

Categories: Artikel, Kisah Al-Quran

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

ANDA ADALAH PELAWAT KE

Halwa Telinga

Demi Masa

Kalendar Islam

EXchange Banner !

Uqti FarHanis.tk

Copy Paste kode dibawah ke blog anda.Link akan tampak seperti di atas:

Follow me on Twitter

Berita Terkini !!!


Mari Muhaddasah !


ShoutMix chat widget

Google Translator

bacalah dengan nama Tuhanmu...


Pesanan sebelum membaca:

1. ini adalah website umum...perkongsian artikel dalam website ini adalah untuk tatapan pembaca...

2. mulakan membaca dengan kalimah Bismillah

3. mohon maaf jika ada menguris perasaan atau terkasar bahasa

4.  pastikan anda telah menunaikan solat sebelum membaca

5. sudilah untuk anda meninggalkan jejak anda...komentar untuk penambahbaikan diri penulis

6. sekiranya anda nak copy-simpan atau copy-sebarkan...dialu-alukan...tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu...cuma sila letakkan alamat asal website ini...semoga segala komen atau teguran boleh sampai terus kepada penulis...

7. segala komen atau cadangan sila isi borang di Hubungi UFH atau boleh meninggalkan komen di laman Kongsi Ilmu...

8. buat sesiapa yang ingin mengemukakan komen untuk ucapan dasar penulis...boleh juga menggunakan borang di Hubungi UFH

9.  cintailah aku kerana agama yang ada padaku..andainya dirimu mendapati aku makin jauh dari-Nya...nasihatilah aku...nasihatilah aku....nasihatilah aku...!

10. baca sambil senyum

11. silalah mendaftar sebagai member di website ini untuk memudahkan perjalanan anda di laman web ini

12. dilarang menimbulkan sebarang kekecohan di laman web ini

13. member-member website ini diminta untuk mempromosikan website ini kepada kenalan anda

14. saya minta maaf jika saya ada ambil artikel/foto/nukilan/dll yang milik anda tanpa meminta izin terlebih dahulu daripada pihak anda...saya harap pihak anda akan memaafkan saya

Dah Solat Ke Belum ???

Mutiara Islam