Uqti FarHanis

Gedung Informasi Sumber Inspirasi

Laman Utama

Mewah dengan Sedekah

Posted on April 22, 2010 at 10:47 PM

Dan sesuatu pemberian yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingannya harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah. Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang yang beroleh pahala berganda-ganda.(ar-Rum: 39)


Huraian


ISLAM tidak melarang umatnya mencari harta benda dan hidup mewah tetapi haruslah daripada sumber yang halal. Harta benda dunia adalah sesuatu yang sangat mengasyikkan.

  

   Ia juga boleh mempengaruhi manusia menjadi baik dengan menggunakan harta di jalan yang dibenarkan syarak atau juga boleh mempengaruhi manusia menjadi jahat dan gila harta.

  

   Manusia berharta tetapi baik adalah mereka yang menggunakan harta tersebut untuk jalan kebajikan seperti bersedekah kepada orang yang memerlukan dan untuk manfaat masyarakat.

  

   Sifat suka memberi atau bersedekah adalah sifat mulia.

  

   Pemberian yang diberikan harus diiringi dengan keikhlasan. Jauhkan niat untuk menunjuk dan perbuatan mengungkit kembali sedekah yang telah diberikan.

  

   Sifat-sifat buruk ini hanya akan menyebabkan amal menjadi sia-sia seperti air di daun keladi.

  

   Keikhlasan dalam memberi dan bersedekah akan menyuburkan lagi sifat mahmudah dalam diri serta membawa keberkatan dalam yang dimiliki.

  

   Ini dapat dilihat sebagaimana dalam hadis riwayat Imam Ahmad yang maksudnya: "Sedekah ialah pemberian yang berganda-ganda dan pemberian daripada Allah lebih dari itu."


Kesimpulan


   Orang yang suka memberi tidak akan rugi dan tidak akan miskin, ini adalah janji Allah, sebaliknya Allah akan memberikan balasan yang berlipat ganda di dunia dan akhirat.

  

Ia sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(al-Baqarah: 261)

Categories: Artikel, Islam, Kalamullah

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

ANDA ADALAH PELAWAT KE

Halwa Telinga

Demi Masa

Kalendar Islam

EXchange Banner !

Uqti FarHanis.tk

Copy Paste kode dibawah ke blog anda.Link akan tampak seperti di atas:

Follow me on Twitter

Berita Terkini !!!


Mari Muhaddasah !


ShoutMix chat widget

Google Translator

bacalah dengan nama Tuhanmu...


Pesanan sebelum membaca:

1. ini adalah website umum...perkongsian artikel dalam website ini adalah untuk tatapan pembaca...

2. mulakan membaca dengan kalimah Bismillah

3. mohon maaf jika ada menguris perasaan atau terkasar bahasa

4.  pastikan anda telah menunaikan solat sebelum membaca

5. sudilah untuk anda meninggalkan jejak anda...komentar untuk penambahbaikan diri penulis

6. sekiranya anda nak copy-simpan atau copy-sebarkan...dialu-alukan...tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu...cuma sila letakkan alamat asal website ini...semoga segala komen atau teguran boleh sampai terus kepada penulis...

7. segala komen atau cadangan sila isi borang di Hubungi UFH atau boleh meninggalkan komen di laman Kongsi Ilmu...

8. buat sesiapa yang ingin mengemukakan komen untuk ucapan dasar penulis...boleh juga menggunakan borang di Hubungi UFH

9.  cintailah aku kerana agama yang ada padaku..andainya dirimu mendapati aku makin jauh dari-Nya...nasihatilah aku...nasihatilah aku....nasihatilah aku...!

10. baca sambil senyum

11. silalah mendaftar sebagai member di website ini untuk memudahkan perjalanan anda di laman web ini

12. dilarang menimbulkan sebarang kekecohan di laman web ini

13. member-member website ini diminta untuk mempromosikan website ini kepada kenalan anda

14. saya minta maaf jika saya ada ambil artikel/foto/nukilan/dll yang milik anda tanpa meminta izin terlebih dahulu daripada pihak anda...saya harap pihak anda akan memaafkan saya

Dah Solat Ke Belum ???

Mutiara Islam